welcome to my story

Kisah suka dan duka lam hidupku~

Saturday 24 March 2012




carilah saghabat yang jujur
dengan demikian anda terpelihara
daripada bahaya dan dialah
tempat kembali ketika datang bencana

jangan sesekali menyalahkan kesilapan
diri sendiri kepada orang lain kerana
orang orang yang tidak mengakui kelemahan
diri sendiri sukar untuk berjaya
dimasa akan datang

dari kesusahan itu akan di peroleh 
kesenangan dan kebahagiaan seperti 
durian berduri kerana sedap isinya
kulit mangga pahit sebab manis didalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya

hanya orang yang berani gagal denfan teruk mempunyai harapan
untuk berjaya dengan hebat sekiranya
dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu

jadikan dirimu bagai pohon yang rendang
dimana insan dapat berteduh
jangan seperti pohon yang kering di tempat
sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat kayu api

doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah
membuat orang tidak percaya jadi percaya
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

dalam hidup kekadang kita lebih banyak mendapat 
apa yang tidak kita inginkan
dan ketika kita dapat apa yang kita inginkan
akhirnya kita tahu bahawa 
yang kita inginkan terkadang tidak dapat 
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia

tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
inikerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai

kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kebatilan
memberi sedikit dengan ikhlas pula
lebih mulia daripada memberi dengan banyak
tetapi diiringi dengan riak

kegembiraan ibarat semburan pewangi
apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya
oleh kerana itu berikanlah
walaupun sedikit kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman yang memerlukan


No comments:

Post a Comment