welcome to my story

Kisah suka dan duka lam hidupku~

Saturday 18 February 2012

KAWAN


sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita..
ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia..
dia juga ada rasa takut ada rasa bimbang ada rasa sedih dan kecewa..
dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan..
jadilah kita kawannya itu..
kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..
disebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
disebalik ketenangannya itu mungkin tersimpan seribu kekalutan yang kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia mungkin kita akan tahu..

No comments:

Post a Comment